Hilang Kepercayaan Diri Setelah Gagal Diet Berkali-Kali
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Selawat dan salam ku buat rasul junjungan yang amat kasihkan ummatnya...
Wahai Nabi Allah, maafkan diriku lalai dalam mengingatimu....
Ya, itulah yang dirasakan oleh setiap orang yang dalam perjalanan turunkan berat badan.... Setiap orang ada strategi diet masing-masing... Kalau nak berdiet, kita tak boleh tiru strategi orang lain, bila kita meniru strategi orang lain, kita susah nak berjaya... bukan tak boleh, tapi susah, sebab diri kita tak sama dengan orang, kita kena ada cara sendiri, jangan tiru cara orang lain tapi belajar dari cara dia dan ubah mengikut kesesuaian diri sendiri.... ada orang buat keto diet, ada orang buat eat clean, ada orang dsss, ada orang buat IF, ada orang puasa isnin khamis, puasa daud dan sebagainya...
Buat masa ni, strategi diet saya dsss+IF.... bangun pagi minum air mineral dan habiskan 600ml air mineral hingga ke pukul 10 pagi... selepas 10 pagi barulah saya akan buka jendela makan... kadang-kadang saya lajakkan sampai pukul 11 pagi atau 12 tengahari kalau mampu... bergantung keadaan pada hari tu... kemudian makan tengahari antara pukul 1-2 tengahari buat dsss, kemudian makan sikit-sikit bila lapar, habiskan baki 3 liter air sepanjang hari dan saya akan berusaha untuk makan dalam kalori defisit... saya akan tutup semula jendela makan pukul 7 malam... lepas 7 malam berhenti makan dan minum air... Itu strategi diet saya buat masa ni.... starategi diet akan berubah seiring keadaan... buat dsss+IF+eat clean 6 hari, 1 hari cheat meal....
Apa yang membuatkan saya selalu kecewa dan putus asa semasa diet??
Saya akan rasa kecewa dengan diri sendiri bila tak ikut strategi diet yang dah dirancang...
1. Tengah diet, tapi termakan makanan yang 'kurang solehah' sebelum tiba masa cheat meal..... Sebenarnya semua makanan elok, cuma makanan 'junk' ni sedap selalu dah makan sikit tak cukup mesti termakan banyak, susah nak berhenti... itu diri saya lah, saya sangat kenal diri sendiri... dah sedap makan bertambah lupa pulak aku masih gemuk... jadi ada baiknya tinggal dulu makan waktu cheat meal nanti....
2. Ataupun waktu diet terlebih makan.... Makan tu makanan 'solehah' tapi terlebih portion sebab tak dapat kawal nafsu....Makanan diet tapi terlebih portion pun tak boleh, berat susah nak turun...Kadang-kadang rasa down kan dengan diri sendiri sebab susah nak konsisten dan berdisiplin waktu diet... Nak diet tak boleh jadi lembik dan manja.... kena kuat semangat.... kena berusaha luar biasa sebab nak dapatkan hasil bentuk badan yang luar biasa... no pain no gain....
3. Cheat meal terlampau berlebihan makan macam-macam umpama tak jumpa next cheat meal.... makan terlebih sampai perut penuh termuntah-muntah... Ikutkan sangat nafsu nak makan macam-macam.... haa, memang.... memang badan kau ni tong sampah! Saya bila terlebih cheat meal, saya menyesal sangat sebab setiap apa yang kita makan, badan kita akan merespon terhadap makanan tersebut... sedikit sebanyak memang akan effect kesihatan bila berlebihan... saya lupa bahawa sesungguhnya bila kita berazam nak kurus bermaksud kita perlu setkan otak kita kurangkan makan atau tinggalkan kecintaan terhadap makanan.... kita makan untuk kurus, kita cheat meal sebab nak buat lepaskan rasa teringin, itu je bukan kasi makan kaw kaw.... otak kena kasi betul dulu....
Teringat Dr Marlinda pernah cerita, orang tanya dia, diet plan IF ada sediakan meal plan tak. Pelik lah, kita nak kuruskan badan dengan IF untuk tinggalkan makan, tiba-tiba orang tanya meal plan. Basically, nak kurus kena lupakan makan, buat IF untuk lupakan makan bukan fikir nak makan apa. Bila nak lost weight jangan bersungguh sangat dengan makan, jangan fikir sangat pasal makan. lupa-lupakan lah makan tu, tak mati pun... Cuba jangan belum cuba kata tak boleh.... Kita ni manusia bukan malaikat, manusia bernafsu, kena banyak belajar macam mana nak kawal nafsu makan sampai kita boleh makan sikit dan tak berapa ingat sangat dengan makan.... Mindset nak makan tu kena betul, bila tengah diet, makan tu cuma buat alas perut je supaya tak lapar, bila lapar baru makan berhenti sebelum kenyang. Kita kena sensitif dengan isyarat kenyang yang otak bagi, bila kita makan, sampai satu masa otak akan bagi isyarat kenyang masa tu boleh berhenti. Bukan kena tunggu sendawa macam keluar anak gajah baru maksud kenyang dan berhenti makan.
4. Bila dah diet tapi berat tak turun atau turun sikit sangat....ini pun salah satu faktor boleh buat kita down..... sebab tu kita jangan tangguh-tangguh diet bila badan gemuk, sebab semakin gemuk, semakin lama masa yang diambil untuk turunkan balik... boleh jadi kita give up diet sebab tempoh lama sangat...
5. Sabotaj diri dengan bandingkan diri dengan orang lain... orang lain diet kejap je dah kurus, tapi aku dah lama diet tak kurus-kurus....lebih-lebih lagi orang tu kawan sendiri......memang terasa sangat... motivasi down....
Kesimpulannya, memang banyak faktor yang buat diet kita gagal bukan sekali, tapi berkali-kali.... tapi berbaloi kah untuk berputus asa? Jawapannya ada dalam entry seterusnya.... Jangan lelah dalam proses memperbaiki diri kearah yang lebih baik...
Comments
Post a Comment