Day 1 - 2 Julai 2023
Alhamdulillah... Setelah sekian lama (6 bulan) bercuti rehat, menanam anggur dekat rumah (Muar), duduk dengan mak ayah dan adik beradik, akhirnya ku ditawarkan bekerja di SRITI al-Kauthar nun di Pasir Gudang sana tercampak. 😂. Bersyukur la wahai diri masih lagi dalam negeri Johor. Haa. Sebelum ni pernah juga berkhidmat di SRITI Ilmi selama 2 tahun. Tapi, cukup la 2 tahun di situ. Rasanya perlukan suasana baru untuk mendorong dan motivasikan diri untuk berubah ke arah yg lebih baik. Gaji masih sama. Cuma ada elaun tambahan disini. Ada juga kekurangan. Di PG tak disediakan tempat tinggal. So, kena cari bilik sewa yg terpaling dekat dgn sekolah supaya boleh jimat duit minyak kereta, jalan kaki je pegi sekolah. 😌. Haa. Otak kena bijak sis. Gitulah. Hidup ni keras, dik. Kau kena jadi sejenis org, campak memana pun boleh hidup, ok. 💪🏻.
Haa. Tgh landing. Mcm nak patah pinggang makcik rini, tetiba dapat panggilan suruh lapor diri esok, lepastu dgn bilik sewa yg dah ditolak lepastu nak masuk balik. Kelam kabut hidup sis hari ni. Tapi Alhamdulillah wal Syukurilah atas kurniaan rezki pekerjaan. Sekarang ni susah nak cari kerja. Sebelum dapat kerja sini, hampir 50 permohonan kerja yg dibuat. Punyalah byk mohon kerja. Aku ni dah dibaratkan mcm bola eh ditendang sana sini. Haha. Allah jua yg mengetahui betapa sedihnya rasa hati.
So, jangan nak layan sangat rasa sedih tu.
Nak sedih lama² pun buat apa. Susah² kerja kat sini cuma 6 bulan je sampai hujung tahun ni. InsyaAllah, bulan 10 ni Allah bukakan pintu rezki awak untuk dapat panggilan iv spp guru CoS 2023 dan awak lulus sebagai calon iv yg cemerlang. Tahun 2024 awak dah posting dah guru gov. Yg penting, doa minta sungguh² pada Allah.
"Inshaallah dlm hadis pon bgtau allah da tetapkn rezeki sblm lahir lgi...cume kene sabar yakin tawakal dan usaha💖" - Aiin
Pelajaran hari ini.
1️⃣ Dalam penat², susah² hari ni. Terasa betapa pentingnya nikmat sihat. Pentingnya menjaga kesihatan tubuh, jasad, mental dan fizikal. Kerehatan jasad ada pada banyaknya puasa, kesihatan mental dan rohani ada pada usaha yg berterusan memberikannya makanan roh.
Wahai diri, lazimilah puasa. Bukan makan yg beri kekuatan dan tenaga. Allah yg beri kekuatan dan tenaga. Para sahabat berpuasa ketika perang badar. Tanamlah 6 sifat sahabat dalam diri.
2️⃣ Nikmati setiap saat, waktu, peluang dan ruang yg Allah berikan untuk berbuat manfaat pada diri dan orang sekeliling. Dulu, masa tak kerja, rasa takda semangat nak baca ulangkaji buku teks pendidikan. Tak semangat nak tambah ilmu agama. Buat juga, tapi tak banyak. Banyaknya malas aje. So sekarang rasa menyesal. Kenapalah aku tak gunakan kesempatan yg ada untuk pulun betul² tambah ilmu agama. Tambah ilmu pendidikan. Hmm. Macam tu la. Hargai dan nikmati tiap saat dan detik dalam kehidupan kita. Kerana saat itu tak kan kembali lg. Jalani ia dgn penuh rasa syukur.
Ok la. Mata pun dah layu. Mari la bangkit mengerjakan solat isyak. Dan lepastu 🥱😴. Esok bangkit 3 pagi, tahajud, hajat dan susun jadual.
💞💖🌹
Comments
Post a Comment